BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan Kajian ini menumpukan tentang sejarah hidup Muhammad Shariff bin Salleh yang merupakan seorang guru di Pahang. Tidak banyak penulisan dan kajian yang dibuat berkenaan dengan peranan guru terutamanya di Pahang menyebabkan pengkaji memilih tajuk ini. Istilah guru ialah istilah umum untuk menamakan orang yang mengajar orang lain.[1] Pengkaji berharap dapat menambah lebih banyak pengetahuan mengenai kehidupan seorang pelajar kampung pada tahun 1930-an yang akhirnya berjaya menjadi seorang guru kerana buku-buku dan kajian yang memaparkan kisah mengenai guru terutamanya yang mempunyai pengalaman peribadi setelah melalui perubahan tiga zaman pentabiran iaitu ketika pemerintahan British, Jepun dan setelah Negara mencapai kemerdekaan adalah amat terhad. Muhammad Shariff bin Salleh dilahirkan di Kampung Ulu dong Raub dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Dong dari tahun 1918 hingga ke tahun 1925.[2] Pada tahun 1929 hingga tahun 1930 beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Sultan Idris Training College (SITC) dan telah menerima sijil rasmi dari SITC pada 11 Januari 1931.[3] Pengalaman di SITC telah memberi banyak makna dan kesan terhadap diri beliau sendiri.

Muhammad Shariff bin Salleh merupakan antara pelajar cemerlang di SITC kerana telah berjaya menerima beberapa hadiah kecemerlangan.[4] Kejayaan beliau menamatkan pengajian tersebut membolehkan beliau dilantik sebagai seorang guru terlatih dan dikenali dengan panggilan Cikgu Sharip. Beliau telah bertugas di sekitar daerah Kuala Lipis dan juga daerah Raub. Hasil kejayaan dan ketekunan beliau dalam mendidik membolehkan Cikgu Sharip dilantik sebagai seorang Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Tanjong Besar, Kuala Lipis pada tahun 1939 setelah berjaya lulus dalam Kursus Pensyarah pada tahun 1938 . Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi Guru Pelawat bagi sekolah-sekolah di negeri Pahang pada tahun 1959[5] dan akhirnya telah menjadi Penolong... If you expect to get a full essay, order it on our website:
OrderessayIf you want to get a full essay, wisit our page:
write my essay .
No comments:
Post a Comment